|
TCP/IP |
TCP/IP: TCP/IP Protocol juga dipanggil Routable Protocol. Apakah Routable Protocol ini? Routable Protocol adalah komunikasi protocol yang mempunyai network address dan juga device address. Hal ini membenarkan packet di hantar dari satu network ke network yang lain. Contoh routable protocol selain TCP/IP adalah IPX, AppleTalk, SNA, XNS dan DECnet,. halnya amat berbeda dengan non-routable protocol.
Non-routable protocol adalah komunikasi protocol yang hanya mempunyai device address saja. Hal nya tidak akan bekerjasama dalam menghantar packet ke network lain, dan hanya boleh menghantar ke device saja. Contoh non-routable protocol adalah NetBIOS dan DEC's LAT protocols.et.
Jadi apa itu TCP/IP ? TCP adalah singkatan kepada Transmission Control Protocol. Sedangkan IP adalah singkatan kepada Internet Protocol. Apakah kaitan antar TCP dan IP, dan mengapa TCP dan IP ada dalam internet kita? IP adalah satu protocol yang membenarkan kita untuk mencari komputer lain atau server lain dengan menggunakan IP Address. Contoh IP Address adalah 192.168.10.100. IP ini boleh dibagikan kepada beberapa bahagian yaitu Default Gateway, DNS Server, Subnet Mask dan IP Address. Manakala TCP adalah satu protocol di mana ianya akan menyambungkan komunikasi kita dengan komputer lain atau server lain supaya kita boleh menghantar packet. Jadi singkatannya adalah IP ni untuk mencari, lepas dan cari, TCP yang akan sambungkan komunikasi kita dengan komputer atau server yang kita ingin hubungkan.
Dalam TCP ini ada satu proses yang dinamakan Windowing. Proses dimana ia akan menghantar packet mengikut peringkat. Sebagai contoh, ada dua komputer yaitu komputer A dan B. Komputer A ingin berkomunikasi dengan Komputer B, jadi komputer A akan menghantar satu packet untuk menguji sama ada komputer boleh berkomunikasi dengan komputer B. Jika komputer B memberikan respon,, maka computer B akan membalas dengan memberikan semula packet tersebut kepada Komputer A. Jadi komputer A tahu bahawa komputer B boleh berkomunikasi dengannya, dia pun menggandakan packetnya dengan menghantar dua packet pula. Dan komputer B menerima packet tersebut dan dia menghantar semula packet yang terakhir ke komputer A. Dan komunikasi ini berterusan berganda hingga kedua-dua komputer tidak dapat menampung packet tersebut, apabila ini berlaku, maka akan balik semula kepada mula-mula cara mereka berkomunikasi iaitu dengan menghantar satu packet semula. Itu la cara komputer kita berhubung dengan komputer lain.
Terimakasih sudah membaca artikel ini, semoga informasinya bermanfaat :)
Baca juga ya Artikel Apa itu UDP